Pelukis Pelan Banglo Kampung | Khidmat Pelukis Pelan Rumah Banglo Kampung

 Assalamualaikum & salam sejahtera! 

Anda sedang mencari pelukis pelan banglo untuk membina banglo di kawasan kampung? 

Saya Izwan Mohd Salleh (IMOS) dari www.imosdesign.net berpengalaman menyediakan khidmat seperti di bawah ;

1. Penyediaan rekabentuk & susunatur pelan banglo kampung

2. Penyediaan Visual 3d rekabentuk banglo kampung

3. Penyediaan pelan pembinaan banglo untuk rujukan kontraktor

======================================================


1. Penyediaan rekabentuk & susunatur pelan banglo

Saya akan berbincang dengan klien tentang jenis ruang yang diperlukan dan membuat lakaran kasar pelan banglo merujuk kepada cadangan susunatur pelan yang dihasilkan selepas perbincangan. Klien boleh mencadangkan lakaran pelan yang telah disediakan sendiri merujuk kepada gambar design banglo yang diminati dan berbincang dengan saya untuk membuat pindaan kepada rekabentuk pelan banglo tersebut sesuai dengan citarasa dan keperluan klien. 

Perbincangan akan meliputi skop jenis rekabentuk tiang, pintu, tingkap, bumbung rumah dan sebagainya. Juga akan dicadangkan tema rekabentuk rumah banglo, samada design moden, design tropikal, design kontemporari, design klasik, design hitech atau design ala rumah kampung. Saya kemudian akan menyediakan lakaran pelan 2d berkomputer sebagai proposal design pertama untuk semakan klien bagi perbincangan seterusnya. Rujuk contoh pelan dibawah ;

Draf pelan banglo yang dicadangkan kepada klien


2. Penyediaan Visual 3d rekabentuk banglo

Setelah lakaran rekabentuk pelan disediakan, saya akan sediakan visual 3d rekabentuk banglo dan masukkan elemen-elemen rekabentuk yang dipilih oleh klien hasil perbincangan yang merujuk kepada lakaran pelan & contoh design dalam gambar yang dipilih oleh klien. Visual 3d rekabentuk banglo akan dpersembahkan dalam bentuk video & gambar jpeg. Semua hasil rekabentuk pelan & visual 3d yang siap akan di emel untuk semakan klien. 

Rujuk contoh visual 3d rekabentuk banglo kampung seperti dibawah ;

Contoh visual 3d rekabentuk banglo kampung


3. Penyediaan pelan pembinaan lengkap untuk rujukan kontraktor

Selepas cadangan pelan banglo & visual 3d rekabentuk banglo disemak & dipersetujui oleh klien, saya akan sediakan pelan pembinaan @ construction plan yang mengandungi lukisan teknikal terperinci saiz & ukuran ruang, jenis bahan binaan, jenis tingkap/pintu/bukaan, jenis bahan dinding, lantai, siling, susunatur pelan elektrikal & bahan bumbung serta ukuran ketinggian siling dari lantai. Juga dalam pelan pembinaan ditunjukkan pelan skematik perpaipan bekalan air masuk & pelan skematik saliran sisa air kumbahan keluar. 

Pelan pembinaan banglo bersaiz A1 yang lengkap akan di emel untuk rujukan klien. Setelah pelan pembinaan disemak & dipersetujui klien, saya akan cetak pelan sebanyak salinan yang diperlukan untuk diserahkan kepada kontraktor yang dilantik oleh klien. 

Rujuk contoh pelan pembinaan banglo kampung yang telah disiapkan dibawah ;

Contoh pelan pembinaan banglo kampung yang telah siap untuk rujukan kontraktor


BERMINAT DENGAN KHIDMAT DI ATAS?

Sila hubungi saya melalui wasap 011-28889537 @ sms 019-6904405. Atau emel pertanyaan ke pelukispelan1@gmail.com


SEBUTHARGA KHIDMAT PENYEDIAAN PELAN BANGLO

Sila emelkan lakaran kasar pelan banglo (jika ada) ke pelukispelan1@gmail.com . Saya akan semak & emelkan sebutharga, jika anda setuju dengan sebutharga, maka kita boleh buat temujanji untuk berjumpa & berbincang lebih lanjut.


KLIK SINI UNTUK LIHAT PORTFOLIO HASIL KERJA SAYA 


KHIDMAT LAIN YANG DISEDIAKAN ;

1. Khidmat rekabentuk & penyediaan pelan ubahsuai rumah

2. Tips & panduan ubahsuai rumah di Shah Alam

3. Had tambahan ubahsuai rumah di Shah Alam


MAKLUMAT PENTING ;

Saya tidak sediakan khidmat submission plan banglo ke PBT. Khidmat yang disediakan disini hanyalah khusus kepada klien yang ingin membina rumah banglo di kawasan kampung yang tidak perlukan kelulusan pelan dari PBTAnda perlu mencari & melantik akitek serta jurutera untuk kerja dibawah ;

- submission pelan banglo ke PBT 

- kelulusan pelan banglo dari PBT 

- menjaga tapak binaan & mendapatkan CCC selepas pembinaan rumah siap